Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kita MADANI Memupuk Semangat Kekitaan

By 5 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Program Kita MADANI berupaya untuk memupuk semangat kekitaan antara pemimpin dan masyarakat setempat selain mengukuhkan lagi semangat perpaduan.

“Pengisiannya lebih kepada aspek-aspek patriotisme bagi menyemarakkan bulan Kebangsaan dan ada juga ceramah serta pameran-pameran dari Jabatan serta Agensi Kerajaan bagi menyalurkan maklumat terkini kepada rakyat,” kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kita MADANI Aspirasi Malaysia 2023 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Pusat Komuniti Pantai Eco Park, di sini kelmarin.

Menueurtnya, program anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) itu bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Kebangsaan di samping memasarkan maklumat, dasar, inisiatif Kerajaan dan mesej-mesej kenegaraan berteraskan Konsep Malaysia MADANI.

Turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma, Jualan Agro MADANI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), e-sukan, sukaneka, persembahan artis-artis PENTARAMA Jabatan Penerangan dan wadah RTM yang menampilkan artis tempatan seperti Afieq Syazwan, Lia Aziz dan Santesh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda