
Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Wirwan Nor Rama Maulana (Sarawak)
KUCHING, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Sulong @ Ismawi Basri dari Kampung Tutus Ulu, Mukah telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Semarak Gemilang anjuran Jabatan Penerangan setelah mengalahkan lapan peserta yang lain.
Beliau telah diwakili oleh anaknya Mohd Zaki Sulong, 22, berkata mereka menggunakan bahan kitar semula seperti botol, kayu dan zink untuk menghasilkan Logo jata negara, logo Sarawak, logo Hari Kebangsaan dan Menara Berkembar Petronas.
“Saya percaya semua elemen ini adalah kekuatan bagi kemenangan kami dalam Pertandingan Anugerah Semarak Gemilang tahun ini,” kata Mohd Zaki yang juga seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada Majlis Apresiasi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Sarawak di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak semalam.
Anugerah Semarak Gemilang anjuran Jabatan Penerangan adalah memberi fokus kepada usaha individu, komuniti dan organisasi untuk menghias kediaman, premis atau sesuatu kawasan tumpuan masing-masing dengan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan.
-ZS-