
Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Lim Poh Choo (Sarawak)
KUCHING, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah merasmikan Studio Sound Stage di FINAS cawangan Sarawak, di sini semalam.
“Saya percaya dengan adanya Studio Sound Stage tersebut, maka akan lebih banyak karya seni yang mencerminkan identiti negara dapat dicipta yang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Tambahnya, kerajaan terus menyokong pertumbuhan industri kreatif di rantau ini dengan menyediakan kemudahan sokongan seperti Studio Sound Stage.
Studio tersebut dilengkapi dengan peralatan terkini dan fasiliti yang memenuhi piawaian antarabangsa untuk menghasilkan karya seni visual yang berkualiti tinggi.
-ZS-