Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Insentif Khas kepada Pekebun Kecil Getah Sertai Pengeluaran Lateks Melalui IPL

By 24 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faizzad Kamal/Juhannis Idris (Batang Padang)

SUNGKAI, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Bayaran Insentif Penyertaan RM200 sebulan antara empat insentif kepada pekebun kecil getah yang beralih kepada pengeluaran lateks (susu getah) melalui program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL).

Objektif program ini adalah untuk mengalakkan pekebun kecil getah menambah pendapatan mereka dengan galakan untuk beralih kepada penghasilan lateks.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pekebun juga akan menerima insentif bulanan pengeluaran lateks berjumlah RM2 sekilogram berdasarkan 100 peratus kandungan getah kering.

“Lebih lanjut, pekebun juga akan menerima bayaran Insentif Galakan berjumlah RM100 setiap bulan dengan tempoh terhad selama setahun,” katanya yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.

“Di samping itu, mereka juga menerima Insentif Produktiviti berdasarkan produktiviti tahunan yang mencapai sasaran produktiviti antara 1,000 ke 1,499-kilogram bagi setiap hektar setahun (Kluster 1) dan 1,500-kilogram ke atas setiap hektar setahun (Kluster 2),” katanya ketika berucap melancarkan Model Baharu Projek Rintis Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) dan Projek Rintis Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) di Pusat Latihan Statistik Sungkai, di sini semalam.

Kampung Menderang di daerah ini merupakan lokasi projek rintis pertama IPL di Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda