Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kampung Permata Johan Anugerah Semarak Gemilang

By 24 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Hazlina Tajuddin

SHAH ALAM, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Permata, daerah Gombak dinobatkan johan Anugerah Semarak Gemilang sempena Majlis Apresiasi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 peringkat negeri Selangor.

Kemenangan itu membolehkan MPKK Kampung Permata membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan sijil penghargaan.

Pengarah Jabatan Penerangan Selangor Normaizatulakmal Tujad, berkata majlis tersebut diadakan khusus untuk menghargai semua rakan strategik yang menyemarakkan sambutan HKHM tahun ini.

“Terima kasih kepada individu, komuniti dan organisasi yang turut menjayakan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KJMG), Semarak Gemilang, Sketsa Rukun Negara dan Merdeka@Komuniti,” katanya.

Majlis yang diadakan di Kelab Shah Alam, semalam turut menyampaikan dua Anugerah Khas kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu serta adik Ahmad Afif Mohd Zalani.

Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Jabatan Penerangan Malaysia, Mohd Taufik Abdul Jalil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda