Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Jalan di Hadapan SMK Pengkalan Permatang Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

By 19 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)/JKR Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Jalan raya di Seksyen 484.60, Laluan Persekutuan 5 (FT005), Jalan Klang – Sabak Bernam di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang, di sini akan ditutup sepenuhnya bermula hari ini.

Penutupan sementara bagi semua jenis kenderaan itu susulan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan rasuk jejantas pejalan kaki di laluan berkenaan.

Jurutera Daerah Kuala Selangor, Ir. Ts. Nur Hafidzan Idris, berkata penutupan berkuatkuasa hari ini dari pukul 11.30 malam 19 Oktober  (Khamis) hingga 5.30 pagi 20 Oktober (Jumaat).

“Penutupan ini akan mengakibatkan gangguan lalulintas kepada pengguna jalan raya pada tarikh dan masa yang dinyatakan.

“Justeru pengguna diminta untuk mematuhi papan tanda arahan yang disediakan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kenderaan berat boleh melalui laluan alternatif menggunakan Jalan Sungai Terap – Jalan Raja Musa – Jalan Rawang 1.

“Sementara bagi kenderaan ringan boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Bukit Belimbing,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda