Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kedai ‘Lejen’ Masih Menjadi ‘Pujaan Hati’

By 30 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Sekitar Kangar sahaja didapati berpuluh-puluh kedai ‘hipster’ atau kedai yang berkonsep santai bak cendawan baru tumbuh selepas hujan.

Adakah ia mampu menggugat pelanggan tetap dan tempatan di kedai-kedai lama dalam Perlis yang hanya mempunyai populasi penduduk sekitar dua ratus ribu penduduk?

Hasil tinjauan oleh krew Malaysia Aktif menerusi Media Sosial di Facebook Page Rasmi Jabatan Penerangan Perlis mendapati 33 peratus daripada 33 responden memilih kedai lama atau kedai ‘lejen’ ketika beriadah bersama keluarga pada hujung minggu.

Azrin Mubin, 31 tahun salah seorang pengikut di media sosial Jabatan Penerangan Negeri Perlis yang mengundi, berkata kedai lama sudah diketahui sedap dan harga yang berpatutan berbanding kedai tular atau kedai-kedai baharu.

“Sekali-sekala membawa keluarga makan di luar dan beriadah, kita perlu lihat dahulu keupayaan perbelanjaan berbanding mengikut trend.

“Pengusaha kedai makanan lama atau baharu juga perlu memastikan tahap kebersihan, kualiti beserta harga yang berpatutan sentiasa dijamin untuk para pelanggan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda