Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kemuka Aduan di TTPM Jika Ditipu

By 11 Oktober 2023Oktober 17th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haziq Ruslain/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Pengguna yang menjadi mangsa penipuan pihak penjual, pengilang dan pemberi perkhidmatan boleh mengemukakan aduan untuk memfailkan tuntutan ganti rugi melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Menurut Ketua Seksyen Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan, Nurfadzillah  Abd Rahni berkata setiap pengguna perlu mengambil berat akan peranan serta hak-hak mereka agar dapat menghindari dari terpedaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pengguna boleh memfailkan tuntutan dengan hadir ke kaunter TTPM ataupun secara dalam talian menerusi laman web TTPM,” katanya semasa menyampaikan taklimat mengenai peranan TTPM kepada ahli-ahli Komuniti Malaysia Madani sempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Jabatan Penerangan Labuan di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan, berkata Komuniti Malaysia Madani boleh menyebarluaskan maklumat yang dikongsi TTPM kepada seluruh komuniti di pelbagai peringkat mengenai isu-isu berkaitan hak pengguna dalam membuat tuntutan tebus rugi berkenaan dengan barang atau perkhidmatan secara murah, mudah dan cepat.

“Ini selari dengan peranan Komuniti Malaysia Madani iaitu memupuk nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat, selain membantu menyalurkan maklumat serta inisiatif kerajaan yang sahih dan pantas ke peringkat akar umbi secara berterusan,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda