Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Kita Madani Dapat Sambutan Meriah Warga Taiping

By 30 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)/Mohammad Ezwandi (Perak)

TAIPING, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Program Kita Madani Peringkat Negeri Perak 2023 yang berlangsung di Dataran Pavillion Zoo Taiping, di sini pada Sabtu, mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang hadir khususnya penduduk setempat.

Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh, berkata program tersebut diadakan buat julung kalinya di Perak dan beliau berasa sangat bangga kerana Taiping dipilih sebagai tuan rumah.

“Program berkonsepkan slogan MADANI membawa maksud teras nilai murni yang perlu dipupuk oleh semua kaum di negara ini.

“Program anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) ini mempunyai manifestasi dalam menzahirkan semangat kesepaduan antara pemimpin dengan rakyat,” ujarnya.

Tambah Wong, bersesuaian dengan sambutan 150 tahun Bandar Warisan Taiping pada 2024, acara sebegini wajar diadakan dalam usaha menjadikan Taiping sebagai Bandar Warisan yang patut dilawati oleh semua rakyat Malaysia.

Beliau turut berharap program seumpama ini diteruskan selaras dengan matlamat JaPen iaitu menyebar luas maklumat dan dasar-dasar kerajaan ke akar umbi.

Antara pengisian program termasuk Program Jualan Rahmah, persembahan artis PENTARAMA JaPen, pertandingan e-sukan Mobile Legend dan pameran pelbagai agensi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda