Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

“Jangan Pandang-Pandang, Jangan Pegang-Pegang”

By 30 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 30 Okt (Malaysiaaktif) – “Jangan pandang-pandang, jangan pegang-pegang”.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu sempat berseloroh menyanyikan bait-bait lagu yang diubah suai sesuai dengan program antigangguan seksual kepada para hadirin.

“Isu gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja dalam pelbagai bentuk dan kepada sesiapa sahaja.

“Kesan gangguan seksual tidak terhad kepada mental mangsa sahaja, malah memberi impak dan kesan berpanjangan terhadap kesihatan fizikal dan moral mangsa serta orang sekeliling,” ujarnya.

Seramai 700 orang telah membanjiri Dewan Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khoon Aik, di sini semalam bagi menjayakan Program Jerayawara Advokasi Antigangguan Seksual (AGS) Peringkat Negeri Perlis 2023.

Perlis menjadi destinasi ketiga belas bagi Program AGS anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda