Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Simulasi Pilihanraya Beri Pendedahan Berguna kepada Pelajar

By 17 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abassalimi Mohamad/Norsaedah Haron

KLUANG, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 295 pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil telah didedahkan dengan simulasi pilihan raya daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Negeri Johor, di sini pagi tadi.

Program berbentuk taklimat dan simulasi anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kluang dengan kerjasama Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor ini telah memberi pendedahan awal serta pemahaman mengenai demokrasi dan proses pilihan raya.

Walaupun terdapat sebahagian pelajar telah pun mengundi pada Pilihan Raya Umum yang lalu, ianya masih lagi dapat menarik minat mereka untuk menyertai simulasi ini.

Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor Muhammad Zaidad Abdul Samat hadir menyampaikan ceramah berkaitan amalan demokrasi melalui proses pilihan raya.

Menurut pelajar Ahmad Sulaiman Mohd Shah, 20, simulasi pilihan raya dapat memberi pendedahan awal kepada mereka yang tidak pernah merasai proses pilihan raya supaya mereka dapat mengadaptasi proses ini apabila tiba masa mereka mengundi nanti.

Tutut hadir Pengetua Ayub Ibrahim dan Pegawai Penerangan Daerah Kluang Mohd Sharir Mohd Sani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda