Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Anggerik Beri Pengiktirafan kepada Warga Pendidik di Daerah Tawau

By 17 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh

TAWAU, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru wajar diberi pengiktirafan dan penghargaan disebabkan mereka adalah tunjang kepada kejayaan seseorang.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Haji Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, penganjuran Majlis Anugerah Gemilang Inspirasi Kurikulum (Anggerik) 2023 perlu sebagai menghargai usaha dan dedikasi warga pendidik yang telah mengangkat nama daerah Tawau sebagai salah sebuah daerah yang gah di peringkat negeri Sabah.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian sekolah-sekolah di daerah Tawau pada masa ini dan banyak kejayaan cemerlang yang diperoleh oleh warga pendidikan Daerah Tawau di peringkat negeri dan juga kebangsaan.

“Tanpa ajaran, bimbingan dan didikan guru-guru, tidak mungkin kita mencapai kejayaan seperti yang kita nikmati pada hari ini,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut di Dewan SKJ (C) Kung Ming, di sini semalam.

Tambahnya, budaya kerja cemerlang dan berkualiti haruslah menjadi agenda dan gagasan utama dalam usaha murni warga pendidik.

“Amalan seperti ini dapat mengangkat profesion pendidikan ke arah kerjaya profesional yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Terima kasih kepada semua guru, pendidik anak bangsa yang begitu komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,” ujarnya.

Beliau berharap agar warga pendidik dapat memberi tumpuan yang jitu dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran, berdaya saing, bersemangat patriotisme dan mempunyai nilai-nilai murni.

-ZS-

Tinggalkan komen anda