Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Anak Muda Pahang Sayang Bumi

By 22 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rose Rasidi/Sunito

CAMERON HIGHLANDS, 22 Nov (Malaysiaktif) – Bumi sewajarnya dijaga agar kelangsungan hidup dalam persekitaran yang sihat dan bersih dapat diteruskan.

Justeru, Yayasan Pahang dengan kerjasama Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah menganjurkan satu program ‘Anak Muda Pahang Sayang Bumi’ bagi memberi maklumat serta kesedaran kepada anak muda dan pelajar sekolah serta penduduk tempatan agar lebih menyayangi bumi bertempat di Dewan Jubli Perak, Tanah Rata, di sini semalam.

Menurut Ahli Majlis Daerah Cameron Highlands Abdul Majid Abdullah mewakili Yang Dipertua MDCH, program bertujuan menjadi pencetus dalam usaha kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendidik dan memupuk anak muda agar menjaga kelestarian alam sekitar.

“Penganjuran program oleh Yayasan Pahang ini seharusnya dipuji kerana anak muda perlu didedahkan mengenai penjagaan alam sekitar, pemuliharaan bumi dan risiko jika mengabaikannya,” ujarnya.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran agensi kerajaan, mencari harta karun, mewarna, plogging, menanam pokok dan cabutan bertuah melibatkan belia, pelajar sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda