Skip to main content
Berita UtaraPerlis

Dialek Perlis Sopan dan Lembut

By 14 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Dialek Perlis dikatakan lebih merdu kerana sopan dan lembut didengar berbanding dialek yang digunakan di negeri lain di Malaysia kesan daripada sebahagian pengaruh bahasa Siam.

“Ia mungkin di sebabkan kerana kedudukan geografi negeri ini yang bersempadan dengan Thailand di sebelah utara dan Kedah di selatan memberikan impak kepada dialek yang dituturkan” ujar Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Majlis Perasmian Bicara Bahasa Kolokial: Melestari Keberdayaan Bahasa Komuniti “Gebang Loghat Utagha”.
Teks ucapan beliau di sampaikan oleh Norihan Mohamed Naim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Perpaduan bertempat di salah sebuah hotel di bandar Kangar hari ini.

“Negeri Perlis mempunyai 22 mukim dan penduduk setiap mukim berkomunikasi menggunakan pelat dan lenggok bicara yang berlainan dan majoriti penduduk Perlis menggunakan bahasa Melayu Perlis dalam urusan kehidupan seharian,” ujarnya lagi.

Mengangkat tema “Gebang Loghat Utagha” menampilkan bahasa kolokial, loghat dan dialek di tiga negeri utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk memberi pendedahan dan mengetengahkan kepada masyarakat umum.

Program Bicara Bahasa Kolokial di anjurkan oleh Arkib Negara Malaysia ini merupakan program kelima bagi tahun ini bagi mengangkat dan memartabatkan elemen-eleman tradisi seni budaya amnya serta bahasa khasnya sebagai ejen perpaduan kaum dan kejayaan Malaysia Madani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda