Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pak Rom @ Awang Batil Mempertahankan Loghat Perlis ‘Lama’ Dalam Seni Persembahan

By 14 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 14 Nov(Malaysiaaktif) – Bahasa Kolokial atau Bahasa Basahan dengan dialek-dialek mengikut negeri mampu melambangkan kemesraan dan kekitaan masyarakat setempat.

“Loghat masyarakat Perlis zaman dahulu kini mungkin semakin tidak difahami oleh masyarakat kini, namun persembahan seni penceritaan penglipurlara Persembahan Seni saya iaitu seperti Awang Batil masih menggunakan bahasa lama loghat Perlis yang diserikan bersama alat muzik seperti rebana,” kata Romli Mahamud seorang Tokoh Warisan Orang Hidup ketika Sesi Bicara 2 bertempat di The Putra Regency Hotel, Kangar pada petang ini.

“Dalam penggunaan loghat Perlis ini, saya mewarisi daripada bahasa orang dahulu, contoh seperti perkataan “ngesot” mungkin golongan belia kini tidak memahami akan maksudnya, iaitu “datang mahu mendengar” ujarnya lagi.

Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti-Ghebang Loghat Utagha pada petang ini telah disertai juga oleh panel Penulis Profilik, Amelia Hashim dan juga Datuk Dr Sohaimi Andul Aziz, Presiden, Persatuan Karyawan Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Dr Noriha Basir, Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Malaysia Perlis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda