Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Komuniti Madani Dangi DUN Johol Menyusuri Sungai Perai, Kampung Terus

By 25 November 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Sufian Md Rashid/Shamsul Bahari Abdul Shukor (Seberang Perai Tengah)

PENANTI, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 65 peserta Komuniti Madani Dangi Dewan Undangan Negeri DUN) Johol, Negeri Sembilan menyertai Program Lawatan Kerja di Jeti Nelayan Kampung Terus Penanti, hari ini.

Rombongan telah disambut oleh Komuniti Madani DUN Penanti iaitu Komuniti Madani Seri Akasia, Komuniti Madani Berapit Road dan Komuniti Madani Tun Sardon.

Menurut Pengerusi Komuniti Madani Dangi, merangkap ketua rombongan Basir Samad,  inilah kali pertama beliau dan juga komuniti hadir ke Pulau Pinang bagi sesi lawatan kerja.

“Semoga lawatan ini  memberi manfaat kepada peserta dan dapat juga mengerat hubungan sesama komuniti.

“Tujuan utama lawatan kerja ini adalah bagi merealisasikan hasrat Komuniti Madani Dangi untuk melawat dan mengeratkan hubungan bersama Komuniti Madani di Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, peserta Komuniti Madani Dangi berasa sangat gembira dan teruja untuk menyusuri Sungai Perai di Kampung Terus dengan menaiki bot.

Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Terus Baharuddin Abdullah, 58, berkata penduduk Kampung Terus gembira menyambut kedatangan rombongan dari Komuniti Madani Dangi.

“Semoga dengan kehadiran rombongan ini dapat mempromosikan lagi agropelancongan  dan ekopelancongan di Kampung Terus”, ujarnya.

Turut hadir Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Nurazreen Abdul Rahman, Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah Nazlia binti Naim, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah Shaharuddin Daud @ Abu Hassan, Pengerusi Komuniti Madani Taman Seri Akasia Mohd Yusoff Mansor, Pengerusi Komuniti Dangi Basir Samad dan Pengerusi MPKK Kampung Terus Baharuddin Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda