Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Hasil Kraf Anak-Anak Istimewa SMK Kuala Perlis jadi Tumpuan

By 30 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Hasil kraftangan anak-anak istimewa menjadi tumpuan para pengunjung di Hari Apresiasi dan Hari Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis ke-40, dekat sini semalam.

“’Resin clay’ merupakan hasil produk kraf terbaru daripada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah ini.

“Bagi mana-mana individu atau organisasi yang berminat menempah produk kraf ‘clay art’ (seni tanah liat) hasil sentuhan anak-anak istimewa ini boleh berhubung terus dengan kami di sini,” kata Guru Pendidikan Khas Noor Syazana Abd Razak, di sini semalam.

Menurut Noor Syazana yang berpengalaman mendidik pelajar PPKI di sekolah tersebut selama enam tahun, seni tanah liat merupakan produk kraftangan anak-anak istimewa hasil kesabaran para guru dalam mendidik mereka.

Pelbagai pengisian dalam bentuk didik hibur diadakan seperti pameran dan penerangan daripada Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perlis, Polis Diraja Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Turut mencuri tumpuan adalah gerai jualan baju terpakai, gerai makanan dan minuman oleh para pelajar SMK Kuala Perlis.

Hari terbuka yang berlangsung selama dua hari sehingga hari ini dilihat sebagai platform bagi mengetengahkan bakat-bakat para pelajar istimewa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda