Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

‘Jamal Si Robot’ Tarik Perhatian Pelajar SK Seri Indera

By 30 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 30 Nov (Malaysiaaktif) – ‘Jamal Si Robot’ berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera di program ‘Sindra Fun and Fund Carnival’, di sini hari ini.

“’Jamal Si Robot’ dilengkapi sensor inframerah (IR) untuk mengikuti laluan yang ditentukan.

“Robot yang kami hasilkan ini bertujuan sebagai robot yang menghalang haiwan dengan menggunakan sensor ultrasonik bagi mengesan kehadiran haiwan,” kata pelajar sekolah tersebut Muhammad Aisy Iskandar, 12.

Menurutnya lagi, beliau bersama ahli kumpulan dan mentor bimbingan telah hadir ke bengkel khas dengan bimbingan pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi menghasilkan robot tersebut.

Program sempena Minggu Program Kesedaran dan Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi itu turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti rumah hantu, ‘Gamified Snapped’, pertandingan ‘Sindra Got Talent’, pemeriksaan kesihatan dan pameran Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perlis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda