Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Mati Pucuk Boleh Dirawat dan Dipulihkan

By 30 November 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh 

TANAH MERAH, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Penyakit lemah tenaga batin atau lebih dikenali mati pucuk (Eractile Dysfunction) sangat ditakuti oleh kaum lelaki. Mati pucuk berlaku apabila seseorang lelaki tidak mampu atau gagal melalukan hubungan batin dengan pasangan.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Klinik Kesihatan Belimbing Tanah Merah Dr. Mohd Kamal Mohammad, penyakit mati pucuk boleh berlaku kepada semua lelaki tanpa mengira usia.

“Ini ditambah apabila lelaki itu lanjut usia dan menghadapi pelbagai penyakit.

“Tidak dinafikan penyakit mati pucuk amat ditakuti namun penyakit ini boleh dirawat dan dipulihkan jika mengikuti nasihat doktor,” katanya.

Beliau berkata demikian di Program Sambutan Hari Kesihatan Lelaki Sedunia Daerah Tanah Merah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah dan Ahli Jawatankuasa Masjid Sultan Ismail Petra dan komuniti setempat bandar Tanah Merah di Dewan Haji Muhamad, Masjid Sultan lsmail Petra, di sini pagi tadi.

Menurutnya, pesakit perlu mengamalkan pemakanan berkhasiat serta melakukan aktiviti menyegarkan badan.

“Sebab itulah kita mewujudkan klinik kesihatan khas untuk lelaki bagi merawat penyakit tersebut,” katanya.

Sementara itu seorang anggota keselamatan dari Kampung Terasil, Gual Ipoh Mohd Afizam Yussof, 43, mengucapkan terima kasih kepada pihak pejabat kesihatan yang menyampaikan fakta dan informasi berkaitan penyakit itu.

“Melalui penerangan dan maklumat yang disampaikan, saya dapat mengetahui lebih lanjut gejala penyakit ini dan harapan saya agar tidak menghidapi penyakit lemah tenaga batin,” katanya yang mempunyai tiga orang anak.

Duta atau lkon Kesihatan Wargamas, Haji Kamarulzaman Che Lah, 67, dari Pulai Condong, Machang menyeru kaum lelaki mengamalkan gaya hidup sihat agar terhindar daripada segala penyakit kronik.

“Kesihatan adalah harta yang amat berharga, oleh itu kita perlu menjaganya dan selalu mengikut nasihat doktor.

“Saya dah berumur hampir 70 tahun tetapi masih cergas, sihat dan tiada penyakit merbahaya,” katanya sambil tersenyum.

Program yang telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr. Zaini Hussin dihadiri seramai 300 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan komunti sihat Tanah Merah.

Turut hadir lmam satu Masjid Sultan lsmail Petra Tanah Merah Haji Sukeri Mohd Nor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda