
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Program Jualan Agro Madani bersama Jualan Rahmah Bergerak di Pejabat FAMA Negeri Perlis, di sini hari ini memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli pelbagai barangan keperluan harian secara terus daripada peladang.
Seorang pengusaha ternakan lembu, kerbau dan kambing selama 15 tahun Azahri Che Abdullah, 34, berkata bagi Jualan Agro Madani kali ini pihaknya menyediakan sebanyak 100 kilogram daging lembu pada kadar harga yang murah iaitu RM32 sekilogram.
“Jualan biasa untuk sekilogram daging lembu adalah RM40 namun pada hari ini kami memberikan harga terendah dan istimewa,” katanya.
Selain daging, beras, gula, minyak masak terdapat juga barangan jualan seperti ayam dan sayur-sayuran.
Jualan Agro Madani yang berlangsung dari awal pagi tadi sehingga malam ini melibatkan penyertaan sebanyak 50 usahawan itu turut menyediakan acara cabutan bertuah kepada pengunjung.
-ZS-