Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Berita Gembira Buat Warga Kemaman

By 28 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Hospital baharu Kemaman dijangka akan beroperasi sepenuhnya sebelum berakhir tahun hadapan.

Hospital yang terletak di Kijal bernilai RM450 juta dijangka siap pada Ogos 2024 dan akan memberi banyak manfaat dan kemudahan kepada penduduk setempat.

Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa menyatakan khabar gembira itu sempena lawatan kerja ke fasiliti Kesihatan Air Putih dan perkembangan terkini projek pembinaan hospital baharu tersebut, di sini semalam.

“Hospital baharu Kemaman akan dilengkapi dengan 300 unit katil, lapan dewan bedah, Unit Rawatan Rapi, Kompleks Klinik Pakar dan Klinik Rawatan Harian manakala Hospital Kemaman yang lama akan dijadikan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kemaman,” katanya.

Berhubung dengan persiapan banjir di negeri Terengganu Dr. Zaliha, berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa fasiliti kesihatan yang berisiko dilanda banjir dan persiapan awal telah dibuat.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr. Hajah Kasemani Embong.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda