Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis yang kerap menganjurkan Program Jualan Rahmah (PJR) namun pada kali ini menampilkan kelainan iaitu pertama kali dan yang pertama di Malaysia menganjurkan Jualan Rahmah Aiskrim Produk Tempatan bermula hari ini sehingga Ahad.
Menurut pemilik Mokti’s Aiskrim yang sinonim dengan aiskrim apong jenama tempatan, peniaga tempatan sekiranya mereka datang membeli di jualan ini, mereka boleh menjual semula.
“Ini kerana usahawan tempatan berasas jualan produk makanan mempunyai kreativiti dalam jualan seperti wafel aiskrim, kon aiskrim dan juga ‘ice blended’.
“Mereka boleh datang beli di sini dan jual semula untuk jualan produk makanan mereka,” ujar Siti Fatimah Adnan yang ditemui pagi tadi di khemah jualan.
Seorang pelanggan yang meminati aiskrim Rosliana Idris, 37, berkata PJR dengan produk aiskrim tempatan seperti hari ini membolehkannya membeli pelbagai perisa yang disukai
“Anak-anak suka aiskrim, kebetulan nak balik nampak ada PJR, singgah dahulu sebelum balik ke Langkawi,” ujarnya yang sedang memilih aiskrim di khemah jualan.
-ZS-