Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Kenal Pasti 97 Kawasan Panas Banjir

By 19 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor Mohd Najwan Halimi menegaskan kerajaan negeri telah mengenal pasti 97 kawasan panas banjir dengan kesiapsiagaan berada di tahap terbaik.

Katanya, hampir semua sembilan daerah di Selangor mempunyai kawasan panas banjir dan lokasinya telah dikenal pasti.

“Kesiapsiagaan di peringkat negeri dan daerah termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) berada di tahap terbaik ketika ini.

“Aset-aset di semua peringkat akan digunakan sepenuhnya dalam proses operasi menyelamat sekiranya berlaku,” katanya selepas perasmian penutup Latihan Pengendalian Bot dan ‘Water Confidence’ peringkat negeri Selangor di Empangan Batu Sungai Tua, di sini semalam.

Latihan tersebut melibatkan seramai 138 peserta terdiri kakitangan pejabat daerah dan tanah, 12 PBT, Angkatan Pertahanan Awam Selangor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Briged Ke-11 Infantri Malaysia.

Mengulas lanjut Najwan, berkata latihan tersebut sebagai persediaan semua agensi menghadapi peralihan monsun timur laut di samping menguji aset-aset yang akan digunakan dalam operasi menyelamat.

“Latihan ini dapat memantapkan tahap keyakinan diri, meningkatkan kemahiran pengendalian bot dan dalam masa yang sama memantapkan keberkesanan komunikasi antara agensi melalui latihan penggunaan rangkaian radio bersepadu kerajaan (GIRN),” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda