Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

RMS Berkenan Tanam Pokok Merbau

By 25 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan menanam pokok ‘Intsia palembanica’ atau dikenali sebagai pokok merbau.

RMS bersama 200 peserta menjayakan Program Penanaman 2,000 Pokok oleh Persatuan Bolasepak Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) di Hutan Simpan Ulu Gombak, Kemensah di sini hari ini.

Anak-anak pokok yang ditanam adalah jenis Merbau, Meranti Tembaga dan Meranti Rambai Daun.

Turut hadir Orang Besar Daerah Gombak Tan Sri Wan Mahmud Pa’Wan Teh, Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abd Aziz dan Pengarah JPNS, Azhar Ahmad.

Azhar dalam ucapannya, berkata program berkenaan untuk menjayakan kempen kehijauan Malaysia dan sasaran menanam 11 juta pokok di Selangor menjelang 2026.

“Program ini memberi peluang generasi muda menjayakan kempen pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan.

“Pokok yang ditanam ini akan memberi faedah kepada penduduk pada masa hadapan,” katanya.

Menurut Azhar, keluasan kawasan hutan di Selangor berjumlah 250,000 hektar berbanding keluasan tanah di negeri ini seluas 780,000 hektar.

“Daripada jumlah berkenaan, kita mempunyai 31.6 peratus kawasan hutan simpan.

“Jabatan Perhutanan berusaha untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutan simpan terus terpelihara,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda