Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Negeri Sentiasa Komited Membela Wanita di Pahang

By 27 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zayana Isa

KUANTAN, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memastikan kebajikan wanita terbela dan perlu tampil ke hadapan sekiranya mempunyai permasalahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Sabariah Saidan, berkata wanita di negeri ini usah malu dan risau untuk mendapatkan bantuan sekiranya mempunyai masalah yang berkaitan.

“Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan mengambil inisiatif untuk menyediakan platform dan saluran bagi kaum wanita untuk mendapatkan bantuan dan kita faham, bagi yang menghadapi isu keganasan rumahtangga ada yang malu untuk tampil ke hadapan,” katanya.

Tambah beliau, Jabatan Pembangunan Wanita di Negeri Pahang membantu mereka yang menyalurkan permasalahan kepada agensi dan badan yang berkaitan.

Beliau ditemui selepas merasmikan sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Pahang, di sini Sabtu lalu.

“Sambutan ini merupakan platform penting untuk menghargai kepentingan institusi keluarga sebagai asas kepada pembinaan masyarakat yang stabil dan sejahtera.

“Ia juga dapat menggembeling peranan dan usaha semua pihak untuk mengutamakan perspektif keluarga selain mempromosi nilai-nilai positif dalam membina sebuah keluarga harmoni dan sejahtera,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda