Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Minda Sihat Bijak Menangani Stres

By 23 November 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Yusof Hj. Abd. Samad

TANGKAK, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Tekanan atau stres merupakan interaksi kompleks dihadapi oleh seseorang dari segi emosi dan fizikal kesan daripada peristiwa yang berlaku tidak kira warga emas, orang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak.

Menurut Pakar Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak Dr. Norhazliza Abd. Fatah, individu yang mempunyai minda yang sihat adalah daripada kalangan mereka yang bijak mengawal kemarahan termasuk stres dan emosi terutama ketika menghadapi masalah.

Beliau berkata demikian di Seminar Minda Sihat Peringkat Daerah Tangkak 2023 di Balai Islam Masjid Bukit Gambir, di sini tengah hari tadi.

Menurut Pegawai Kadi Daerah Tangkak As Syeikh Khairuddin Salimin, cabaran utama umat Islam adalah menghadapi dan menentang godaan nafsu.

“Namun tanpa minda yang sihat dan kekurangan ilmu akan menjadikan seorang itu bertindak mengikut emosi dan akhirnya menempah kekecewaan.

“Matlamat program ini adalah supaya kita lebih bersedia, memahami dan bijak dalam menangani rintangan dan menyelesaikannya tanpa dipengaruhi emosi,” ujarnya.

Pegawai Kadi Daerah Tangkak selaku penceramah kedua, berkata bahawa mendekatkan diri kepada Allah dengan beribadat adalah jalan terbaik terutama dalam menghadapi cabaran dan ujian hidup di dunia ini.

Program tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 100 orang peserta khasnya penjawat awam dan Ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Gambir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda