Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Warisan Tidak Ketara’ Jerai Geopark ke Arah Pengiktirafan UNESCO

By 27 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Taman geologi Jerai (Jerai Geopark) diinspirasikan daripada sekumpulan pakar dan pencinta geo-warisan yang mengharapkan taman geologi di Malaysia ini setanding dengan luar negara yang telah terwujud sejak sekian lama.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah Datuk Haji Mohd Fauzi Mustafa, dalam ucapannya mengharapkan agar penganjuran pada kali ini dapat membantu pihak kerajaan Malaysia untuk mengangkat beberapa elemen ‘Warisan Tidak Ketara’ seperti sayembara puisi, pakaian Melayu dan seni persilatan untuk mendapat pengiktirafan daripad Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Saya berharap agar penganjuran program ini juga akan menjadi nilai tambah Jerai Geopark untuk dicalonkan sebagai Geopark Global pada masa akan datang,” ujarnya dalam majlis perasmian Karnival Jerai Geopark 2023 di Jeti Semeling, dekat sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda