Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pasar Terapung JPS Perlis Tempat ‘Healing’ Di Kangar

By 14 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Membeli juadah makanan di ‘Floating Market’ di Pasar Terapung JPS Perlis sambil menikmati panorama indah menjadikan Pasar Terapung JPS Perlis kini produk pelancongan atau sebagai tempat ‘healing’ yang sangat dikenali di Bandar Kangar.

Menurut Malina Mohamad, 51, yang tinggal di Kg Titi Tok Bandar menumpukan jualan di gerainya dengan menjual produk tradisional masyarakat Perlis.

Antara produk jualan makanan di gerainya adalah seperti jagung kelapa, ubi kelapa dan juga ubi kelapa.

“Bagi cuti panjang seperti Cuti Deepavali ini, jualan saya mampu mencecah sebanyak 250 bekas”.

“Saya mula berniaga dari jam 7.30 pagi sehingga habis atau sehingga 7.30 petang’,” katanya ketika ditemui di gerai “floating market”.

Cuti sempena perayaan Deepavali baru-baru ini, terus menggamit para pengunjung untuk melancong ke negeri Perlis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda