Skip to main content
MA

Usaha Memulihara Alam Sekitar adalah Tanggungjawab Bersama

By 30 November 2023Tiada komen2 minit bacaan
mediajas

Laporan/foto: Hisham Salleh/FB JAS

PUTRAJAYA, 30 Nov (MalaysiaAktif) – Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, menyeru seluruh rakyat Malaysia, terutamanya para pempengaruh, agar bersama-sama menggalas tanggungjawab dalam menyebarkan kepentingan memulihara alam sekitar.

Bersesuaian dengan slogan JAS iaitu “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”, beliau berkata, masyarakat perlu lebih cakna dengan isu-isu alam sekitar, dan tidak seharusnya bergantung kepada sesuatu pihak sahaja, untuk mendapatkan pendedahan mengenai perkara tersebut.

“Kita haruslah melangkah bersama dalam menjayakan usaha murni memelihara dan memulihara bumi yang akan kita warisi kepada generasi akan datang,” tegasnya sebelum melancarkan Sesi Interaktif Ketua Pengarah Alam Sekitar bersama Pempengaruh Dan Pengamal Media, di sini, pagi ini.

Tambah Datuk Wan Abdul Latiff, dengan adanya kerjasama yang diberikan oleh komuniti dalam memperkasa penyebaran maklumat berkaitan alam sekitar, setiap maklumat ini akan sampai kepada kumpulan sasar — sekaligus mampu mewujudkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

“Dalam mendidik Masyarakat ianya bukanlah usaha sehari dua kami memerlukan usaha berterusan sebagaimana ibu bapa mendidik anak setiap mesej ini haruslah bak kata orang lama hendaklah dipasakkan setiap hari atau didendangkan setiap masa,” ujar beliau.

Program yang menghimpunkan pengamal media dan pempengaruh diadakan untuk memberi gambaran jelas kepada orang awam mengenai fungsi dengan inisiatif yang dijalankan oleh pihak JAS di seluruh negara.

Para peserta juga diberi demonstrasi mengenai gerak kerja persampelan kualiti air serta pengenalan terhadap perkakasan yang digunakan untuk tujuan tersebut.

-HS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda