Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Agong Berkenan Rasmikan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah

By 8 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Izzat Abd Rahman/Sharifah Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) di KotaSAS, di sini semalam.

“Saya perlu nyatakan konsep pembinaan PPSAS agak berlainan kerana saya berkehendak konsep ultra moden yang mengambil kira dan berlandaskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) pada masa akan hadapan,” titah baginda.

“Saya dimaklumkan telah dibuat dan mudah-mudahan menjadi satu bangunan ikonik untuk mereka lihat sendiri dan mengambil gambar.

“Mudah-mudahan dengan terbinanya bandar baharu seperti bandar satelit, bandar KotaSAS, ia akan mengurangkan tekanan kepada kesesakan di bandar raya Kuantan,” titahnya.

Hadir sama Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka yang juga bekas Menteri Besar Pahang Tun Mohd Khalil Yaakob serta dif-dif kehormat.

PPSAS yang menelan belanja sebanyak RM415.5 juta merupakan pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri bagi menggantikan Wisma Sri Pahang yang telah digunakan sejak 1967.

Kompleks pentadbiran itu dibangunkan dengan reka bentuk yang diilhamkan daripada jata negeri Pahang dengan mengaplikasikan teknologi hijau.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda