Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

ASB Perlu Maksimumkan Penyertaan dalam Industri Minyak dan Gas

By 9 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Pengurusan Asian Supply Base (ASB) diminta memaksimumkan penyertaan dalam industri minyak dan gas.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, ASB perlu mencapai sasaran Petronas yang mahukan 30 peratus penyertaan daripada syarikat Sabah dalam industri tersebut.

“Dengan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di tanah besar kini hampir penuh, ASB mesti memanfaatkan peluang dalam industri minyak dan gas.

“ASB di bawah Perbadanan Tenaga Sabah (SEC) adalah salah satu GLC utama kerajaan negeri dan adalah penting untuk ASB mempelbagaikan perniagaannya dalam industri minyak dan gas,” katanya pada lawatan kerja sulungnya ke ASB, di sini semalam.

Pada lawatan itu, Hajiji turut diberi taklimat oleh pihak Pengurusan ASB mengenai rancangan masa depan syarikat itu.

“Antaranya ialah pembinaan kemudahan Penukaran Krew yang dilengkapi Pejabat Kastam, Imigresen dan Keselamatan untuk pekerja yang masuk ke perairan Sabah selain cadangan pembesaran dermaga yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM240 juta,” jelasnya.

Turut hadir Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda