Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Beras Seri Menanti Produk Kebanggaan Tempatan

By 17 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Usaha menjenamakan beras hasil keluaran jelapang padi Terachi dilihat mampu menjadi satu produk kebanggaan Negeri Sembilan khususnya Kuala Pilah sendiri.

Perkara ini ditegaskan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ucapannya sempena perasmian beras jenama Seri Menanti sebagai nama produk yang dihasilkan di kawasan ini.

“Penghasilan beras bermula daripada jelapang padi seluas lebih kurang 80 ekar di Terachi membuktikan komitmen kerajaan negeri memastikan sekuriti bekalan beras terutamanya di Negeri Sembilan berada pada tahap optimum.

“Malahan penggunaan jenama ini turut menjadikan produk ini sebagai aset pelancongan secara tidak langsung,” ujar beliau semasa ditemui di sini semalam.

Beliau juga menyatakan para pengusaha dari pelbagai sektor digalakkan menggunakan identiti tempatan Negeri Sembilan dalam produk mereka.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim, Datuk Bandaraya Seremban Datuk Masri Razali, Pengawai Daerah dan Tanah Kuala Pilah Mohd Faizal Abdul Manap, barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, barisan Ahli Dewan Undangan Negeri dan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda