Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Berwakaf Menyumbang Pelaburan Akhirat

By 1 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Sufe Fuddin/Hazwan Hassan

LANGKAWI, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Kaedah pengurusan berwakaf masa kini lebih mudah dengan hanya di hujung jari dan boleh terus menyumbang sebagai pelaburan akhirat.

Menurut Ketua Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) Tuan Syeikh Fakhrurrazi Yub, terdapat dua cara berwakaf iaitu pertama melalui MAIK untuk pembangunan sosio kerajaan negeri dan kedua menerusi Yayasan Wakaf Malaysia yang diuruskan bagi peringkat persekutuan.

“Urusan wakaf ini layak untuk mendapat potongan cukai kepada setiap penyumbang,” katanya di Program Siri Roadshow Kesedaran Berwakaf Peringkat Negeri Kedah 2023 Daerah Langkawi anjuran MAIK dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia (YMM) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), di sini semalam.

Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR Tuan Md Ramzi Ishak dalam ucapan perasmian pula, berkata program sebegini perlu diperluaskan kepada umum khususnya masyarakat di luar bandar agar mereka mengetahui kaedah berwakaf dengan cara yang betul.

“Saya berharap penganjuran program ini mampu menyemarakkan kesedaran berwakaf dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat daerah Langkawi sekali gus meningkatkan kutipan dana wakaf bagi mencapai kesejahteraan sosial umat Islam,” katanya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Datuk Dr. Haji Abdul Ghani Zainuddin.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda