Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Isu Bekalan Beras Tempatan Semakin Reda

By 18 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan isu beras tempatan semakin reda melalui langkah yang diambil kerajaan bagi mencukupkan bekalan.

Katanya, tuaian padi sedia ada sedang dalam proses pengilangan disusuli proses penanaman semula.

“Isu bekalan masih ada tapi semakin reda, cuma sekarang punca beras kita tidak mencukupi kerana tahap sara diri (SSL) negara baru 65 peratus dan masih 35 peratus lagi belum mencukupi.

“Difahamkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) baru saja tuai padi, proses seterusnya menjemur, mengilang sebelum beras tersedia di dalam pasaran,” katanya pada lawatan kerja ke Kebun Komuniti Taman Keramat AU2, di sini hari ini.

Menurutnya, isu bekalan makanan sentiasa ada seperti ‘yaumulkiamah’ yang tiada berkesudahan.

“Beras tempatan jadi rebutan disebabkan beras import mahal.

“Reda beras, ayam, telur, timbul masalah bawang pula, masalah makanan ini pasti akan ada,” jelasnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda