Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan Agro Madani Beri Manfaat kepada Pengguna dan Usahawan FAMA

By 10 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad/Zatul Iffah Wahab (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Lebih 1,000 isi rumah di sini menerima manfaat hasil daripada Jualan Agro Madani yang diadakan di Pusat Operasi FAMA Sungai Petani hari ini.

Menurut Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Kuala Muda Mardzrina Adam, penganjuran jualan pada kali ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna malah kepada usahawan-usahawan FAMA yang turut terlibat secara langsung dengan pelbagai produk usahawan kecil seperti roti arab, sata, aneka kek, kopi, samosa, pau dan lain-lain.

“Saya mengharapkan agar penduduk setempat dapat mengambil kesempatan ini untuk berbelanja secara berhemah setiap kali Jualan Agro Madani ini diadakan.

“Saya menyarankan agar orang ramai dapat melayari media sosial FAMA Sungai Petani untuk maklumat lanjut berkaitan dengan program tersebut pada setiap masa,” katanya.

Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai produk serendah RM1 bagi pelbagai jenis sayuran, minyak masak, kentang, bawang merah dan bawang putih pada kadar harga RM10 dan daging segar pada harga RM33 berbanding RM38 harga pasaran.

Manakala ayam pula dijual pada kadar harga RM 11 seekor dan beras tempatan pada harga RM26 ringgit bagi setiap kampit 10 kilogram.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda