Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lebih 1,000 Jayakan Program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor

By 6 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Lebih 1,000 pelajar, ibu bapa dan guru di daerah Gombak menyertai Program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor di Dewan Beringin, di sini hari ini.

Program tersebut sebagai pecutan akhir pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata program sehari itu dilaksanakan di daerah Gombak serta Kuala Selangor pada 12 Disember depan.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memperluaskan ke daerah lain jika mendapat sambutan baik daripada peserta.

“Cuma ada hadapi kekangan disebabkan jadual persekolahan dan waktu kerja, saya sedang cuba koordinat masa yang lebih sesuai.

“Mungkin boleh dilakukan pada waktu malam supaya lebih ramai ibu bapa turut serta dalam program bersama anak-anak yang bakal hadapi peperiksaan penting,” katanya ketika menyampaikan ucapan.

Program berkenaan diterajui Yayasan Selangor bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

Amirudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor, berkata jelajah berkenaan seiring dengan siri program Tekad Pendidikan sebelum ini dan sejajar inisiatif kerajaan negeri memacu transformasi pendidikan negeri.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda