Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kerian Cycling Jamboree Cabar Stamina Peserta

By 5 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Kerian)

PARIT BUNTAR, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Majlis Daerah Kerian (MDK) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menganjurkan Kerian Cycling Jamboree di Dewan Merdeka, di sini pada Ahad.

Program yang berjaya menarik hampir 400 penyertaan itu diadakan bagi mempromosikan Kerian sebagai salah satu destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Setiausaha MDK Norhafisah Mohamad, berkata sukan berbasikal merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang semakin diminati untuk beriadah.

“Justeru, MDK mengambil inisiatif untuk membangunkan sukan tersebut selain memberi pulangan ekonomi kepada masyarakat setempat.

“Pertandingan kali ini agak mencabar stamina bagi para pengemar aktiviti sukan berbasikal lasak atau jamboree ini kerana laluan keseluruhan sejauh 43 kilometer (km) melibatkan laluan jalan raya 18 km dan laluan berbukit sejauh 25 km,” ujarnya.

Sementara itu, peserta Safrin Nordin, 27, berkata laluan berbukit sangat mencabar apabila terpaksa melalui akar pokok yang besar dan laluan trek yang licin.

Dia yang cedera apabila terjatuh di laluan berbukit tetap tidak patah semangat dan meneruskan perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda