Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Masih Adakah Kedai Runcit Kampung di Tengah Bandar?

By 1 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Masih adakah kedai runcit ‘kampung’ di tengah bandar? Tinjauan wartawan Malaysia Aktif di sekitar Bandar Kangar mendapati kedai runcit ‘kampung’ ini masih wujud.

Kedai runcit ‘kampung’ yang terletak di dalam kampung-kampung sekitar bandar Kangar dilihat masih relevan kerana ia memberi kemudahan kepada warga emas dan penduduk tempatan yang tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak jauh.

Ia adalah perusahaan kecil yang menawarkan keperluan asas seperti barangan kering, beras, roti, makanan dalam tin dan lain-lain yang kebiasaanya berada di kampung-kampung serta dikendalikan oleh ahli keluarga.

Walaupun pasar raya semakin bertambah di sekitar Bandar Kangar, namun kewujudan kedai runcit yang terletak di kawasan kampung dilihat masih relevan dan sentiasa mempunyai pelanggan yang tersendiri.

Pemilik kedai di Kampung Kota, di sini Mah Saw Ping, 50, berkata beliau mewarisi perniagaan yang sudah berusia 54 tahun tersbut daripada ayahnya.

Menurut pemilik-pemilik kedai, rata-rata pelanggan yang datang mencari barang keperluan harian seperti tepung, sardin, gula, garam, roti dan juga bahan mentah seperti sayur-sayuran.

Seorang lagi pemilik kedai runcit di Kampung Batu 2 Lama, Majid Ahmad, 56, berkata beliau telah membuka kedai runcit semenjak 34 tahun yang lalu.

“Pakcik buka kedai runcit ini pada tahun 1989 dan sehingga kini masih ada pelanggan yang datang mencari barang-barang keperluan harian,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda