Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Enam Orang Asnaf Kini Pengusaha Agropreneur Hidroponik

By 1 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Enam orang asnaf telah dipilih untuk menjadi usahawan tanaman sayuran menggunakan sistem hidroponik.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Mohd Nizam Yahya, MAIWP Labuan telah membelanjakan RM360 ribu bagi tujuan pembangunan dan pengurusan enam buah ‘Green House Hydroponic’.

“Pembinaan ‘Green House Hydroponic’ ini dilengkapi dengan sistem hidroponik yang meliputi peralatan sistem perpaipan, tangki air, baja, rak serta meja, dulang semaian, pendawaian, benih semaian, bekas hidroponik dan pam air elektrik.

“MAIWP Labuan menyalurkan peruntukkan bantuan pertanian kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Selatan bagi mewujudkan ‘Green House Hydroponic’ asnaf MAIWP,” katanya semasa merasmikan Laman Hidroponik MAIWP Labuan di Kampung Sungai Buton pagi tadi.

Jelasnya, MAIWP dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Selatan juga melaksanakan latihan di lapangan untuk asnaf terlibat dalam tempoh setahun.

“Program ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh asnaf dan keluarga dari sudut mikroekonomi, malah impak makroekonomi seperti peningkatan pertumbuhan ekonomi negara dan pengurangan kadar pengangguran dapat dikurangkan,” katanya.

Turut hadir Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Wilayah Persekutuan Labuan Catherina Edward dan Pengarah Jabatan Pertanian Labuan Marysia Modingin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda