Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

‘MacGyver’ Cilik Cipta ‘Go Ped Skuter’ Menggunakan Bahan Kitar Semula

By 1 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Ketika kanak-kanak seusianya menjadikan gajet digital sebagai mainan, namun berlainan pula dengan adik Muhammad Al-A’ariz Al Amiri yang menjadi seorang ‘MacGyver’ cilik.

‘MacGyver’ lakonan Richard Dean Anderson merupakan watak dalam rancangan televisyen bersiri yang pernah popular sekitar tahun 1985 hingga 1994, mempunyai pengetahuan luas dalam ilmu Sains, Fizik, Kimia dan Reka cipta bagi membanteras kumpulan penjahat.

Baru berusia 10 tahun namun adik Muhammad Al A’ariz yang tinggal di Kampung Tok Paduka, di sini telah menunjukkan minat dalam bidang penciptaan dan inovasi berjaya mencipta ‘Go Ped Skuter’ (skuter bergerak).

“Saya menggunakan barang kitar semula atau bahan terbuang seperti mesin rumput yang rosak, basikal tidak terpakai dan juga besi-besi yang sedia ada di rumah,” katanya.

Menurut Muhammad Al A’ariz, beliau yang bercita-cita menjadi mekanik turut aktif dengan kegiatan badan beruniform pengakap di sekolahnya.

“Minat terhadap penciptaan ‘Go Ped Skuter’ ini juga adalah inspirasi daripada datuk saya, seorang pesara guru.

“Pada musim cuti sekolah akan datang, saya bercadang untuk projek reka cipta yang seterusnya iaitu mencipta motosikal kecil daripada basikal,” katanya yang juga mempunyai hobi membuat barang-barang miniatur dan memancing ikan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda