Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Jangan Pandang Sepi Peranan Perpustakaan

By 15 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Perpustakaan Daerah Pekan

PEKAN, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Buku merupakan jambatan ilmu bagi membina peradaban manusia dan rentetan itu pihak Perpustakan Awam Daerah Pekan mengambil inisiatif menganjurkan Program Jalinan Mesra Perpustakaan Bersama Komuniti, di sini semalam.

Menurut Ketua Perpustakaan Daerah Pekan Norkamila Mahmud, program yang berobjektifkan menggalak, menarik, mengeratkan silaturahim antara perpustakaan dan masyarakat terutama warga Pekan perlu diadakan bagi mengelakkan pandangan sempit segolongan masyarakat yang hanya menganggap institusi perpustakaan ini hanyalah untuk kanak-kanak membaca buku.

“Buku adalah sebahagian daripada perkhidmatan perpustakaan, namun perpustakaan era baharu ini mempunyai banyak elemen yang boleh menyatupadukan masyarakat seperti program pemantapan tulisan Jawi, pertandingan mendeklamasi sajak, pertandingan mewarna, pertandingan huffaz cilik dan pameran daripada pelbagai agensi seperti mana yang dianjurkan oleh pihak kami,” ujarnya.

Wakil rasmi Ahli Dewan Negeri Peramu Jaya Mohd Ezwanuddin Mohd Bakri dalam ucapannya, berkata adalah menjadi satu kerugian kepada masyarakat Pekan jika tidak mengambil peluang mendekatkan diri dengan perpustakaan.

“Jangan melihat perpustaakan ini hanya milik kepada golongan pelajar sahaja sedangkan peranan yang dimainkan perpustakaan itu lebih besar untuk kesejahteraan masyarakat dan perpustakaan adalah gedung ilmu dan ilmu itu tidak akan hadir tanpa dituntut,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda