Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pertandingan Kampungku Ceria, Bersih dan Lestari Platform Pertingkat Perkhidmatan kepada Masyarakat

By 14 Disember 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Facebook ADUN Kukup

PONTIAN, 14 Dis (Malaysiaaktif) –Ā  Pertandingan Kampungku Ceria, Bersih dan Lestari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup 2023 anjuran Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kukup merupakan platform terbaik bagi setiap mukim dan kampung untuk menilai prestasi serta menambah baik pentadbiran di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kukup Datuk Haji Jefridin Atan, berkata segala kritikan dan cadangan penambahbaikan semasa penjurian perlu diambil berat dan diambil tindakan oleh penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua-ketua kampung di bawah pentadbiran mukim masing-masing agar mutu perkhidmatan mereka kepada masyarakat sentiasa dipertingkatkan.

ā€œApa yang penting setiap produk seperti produk pelancongan, produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta produk-produk baru yang mampu memberi impak kepada masyarakat diberikan tumpuan utama dari segiĀ  promosi dan bantuan oleh agensi yang berkaitan,ā€ katanya semasa mengadakan lawatan bersama panel juri ketika pertandingan berlangsung, di sini semalam.

Pertandingan tersebut berlangsung selama dua hari sejak 12 Disember yang lalu dan melibatkan empat kawasan mukim di DUN Kukup iaitu Mukim Ayer Masin, Mukim Sungai Karang, Mukim Rimba Terjun serta Mukim Serkat.

Antara panel yang terlibat adalah dari Pejabat Daerah Pontian, Pejabat Penerangan Daerah Pontian, Pejabat Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Pontian dan wakil Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kukup.

-ZS-

Tinggalkan komen anda