Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurMA

Setem Khas ‘Palestin Merdeka’ Lambang Solidariti Rakyat Malaysia

By 14 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Setem Palestine

Laporan/foto: Hisham Salleh/Pos Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Pos Malaysia Berhad hari ini melancarkan set setem ‘Palestin Merdeka’, yang menampilkan imej tangan yang mengibarkan bendera Palestin berlatarbelakangkan bayang-bayang orang ramai yang bersatu.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pelancaran setem khas ini melambangkan solidariti dan sokongan penuh rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai kemerdekaan dan keamanan.

“Semoga setem ini menjadi satu peringatan kepada kita semua bahawa perdamaian dan keadilan di Palestin bukanlah hanya tanggungjawab mereka, tetapi juga tanggungjawab bersama seluruh umat manusia,” ujarnya semasa melancarkan Setem Khas “Palestin Merdeka”, di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Pos Malaysia turut menerbitkan rekaan Sampul Hari Pertama yang menampilkan seekor merpati putih memegang dahan zaitun, berserta folder yang memaparkan sepasang tangan yang memegang erat bersama satu sama lain – melambangkan simbol keamanan sejagat.

Set setem “Palestin Merdeka” akan dijual secara dalam talian di www.pos.com.my dan di Pejabat Pos dan Biro Filateli Pos Malaysia bermula 18 Januari 2024, pada harga RM1.30 setiap setem.

Manakala, Sampul Hari Pertama pula boleh didapati pada harga RM0.50, dan Folder pada harga RM6.00. Setem juga boleh dibeli dalam bentuk helaian setem, mengandungi 20 setem setiap helaian, pada harga RM26.00.

Menurut Pos Malaysia, sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada Tabung Amanah Kemanusiaan Palestin yang diuruskan oleh Kementerian Luar Negeri.

-HS-

 

 

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda