Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

SMK Putra Perdana Terima 50 Unit Topi Keledar

By 15 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nooremmyza Rawat (Sepang)

SEPANG, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 400 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra Perdana terlibat dalam Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya peringkat Daerah Sepang 2023 kali ini.

Sebanyak 50 unit topi keledar turut disumbangkan kepada pihak sekolah untuk diserahkan kepada pelajar yang terpilih.

Program dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Majlis Keselamatan Jalan Raya (MJKR) Daerah Sepang, Hazlim Hapaz yang mewakili Pengerusi MKJR Daerah Sepang di SMK Putra Perdana, di sini kelmarin.

“Tumpuan program hari ini adalah advokasi keselamatan di sekolah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar berkaitan aspek undang-undang dan keselamatan jalan raya.

“Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk budaya mematuhi dan menghormati peraturan jalan raya serta melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah di kalangan para pelajar,” ujar Hazlim.

Antara aktiviti lain yang diadakan adalah ceramah keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang Inspektor Mohamad Fadzil Zainal Abidin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda