Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

#TMPs 2024-2025: Setiap Rakyat Perlis Adalah Duta Pelancongan

By 8 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Setiap rakyat di negeri ini merupakan duta Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024–2025 dan perlu memainkan peranan masing-masing.

“Berilah layanan yang beradab, sopan santun, berbudi Bahasa, mesra serta sentiasa menjaga imej dan persepsi baik para pelancong terhadap kita.

“Segala usaha dan promosi di negara jiran kita Thailand khususnya di wilayah-wilayah selatannya perlu dilipat gandakan dengan tujuan menarik lebih ramai lagi rakyat mereka merancak dan memeriahkan lagi kempen kali ini,” titah baginda.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di Dewan 2020, di sini semalam.

Menurut baginda pengusaha rumah inap pelancongan, pemilik restoran, pengendali pengangkutan awam dan pihak berwajib di negeri Perlis perlu menambah baik prasarana masing-masing dengan mengutamakan kebersihan, mengukuhkan tahap keselamatan dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, selesa serta memuaskan kepada pengunjung yang datang ke negeri Perlis bagi menjayakan kempen TMPs 2024-2025.

Turut berangkat hadir di majlis tersebut Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda