Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

FAMA Gigih Bantu Ringankan Beban Rakyat

By 29 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad/Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sekali lagi berusaha memenuhi permintaan rakyat dengan menganjurkan program Jualan Agro Madani di Pusat Operasi FAMA Sungai Petani, di sini semalam dengan tawaran penjimatan harga barangan segar di antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran.

Menurut salah seorang pengunjung Zainab Ahmad, 62, beliau sentiasa menanti-nantikan jualan seumpama ini diadakan kerana berpeluang membeli barangan dapur dengan harga jauh lebih murah daripada harga pasaran.

“Saya berbelanja RM80 untuk membeli beras putih tempatan, ayam, sayur dan buah-buahan tempatan,” katanya.

“Saya lebih suka berbelanja di sini kerana selain harganya yang jauh lebih rendah daripaada harga pasaran, produk yang dijual juga dalam keadaan segar dan bersih,” ujarnya.

Tumpuan utama pengunjung adalah beras putih tempatan 10 kilogram yang dijual pada harga RM26, ayam jenama Bismi RM12 bagi setiap ekor, set kombo bawang, kentang, bawang putih dan minyak masak RM 10, sayur RM1 seikat dan daging segar tempatan RM33 sekilogram.

-ZS-

Tinggalkan komen anda