Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan Agro MADANI Bantu Kurangkan Kos Sara Hidup

By 29 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurhidayah Mohamad Zaher (Yan)

YAN, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Program Jualan Agro MADANI merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu para pengeluar memasarkan produk secara terus kepada pengguna.

Secara langsung ianya dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penjimatan antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran terutama makanan asas utama seperti ayam, daging, minyak, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bertempat di Masjidul’Ula, Singkir Darat Sabtu lalu gerai jualan telah diserbu oleh pembeli bagi mendapatkan barangan keperluan harian.

Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Yan, ini adalah kali pertama Jualan Agro MADANI diadakan di komuniti masjid kerana sebelum ini, hanya diadakan di pasar tani.

Ahli Jawatankuasa Masjid Mohd Radzif Ismail, berkata beliau sangat menghargai dan menerima baik program seumpama ini di masjid untuk kemudahan masyarakat setempat membeli barangan asas harian dan mengharapkan jualan ini dapat diadakan secara berkala.

Seorang pengunjung Rohana Omar, 60, berkata harga barangan yang dijual sangat berpatuan.

“Barang-barang memang murah berbanding di kedai berdekatan.

“Contohnya, ayam sekilo RM7.20, ada set combo termasuk minyak masak, kentang, bihun dan santan, telur, dan  sangat-sangat jimat,” katanya.

“Rezeki sebab saya seorang sahaja yang jual ayam hari ini kerana beberapa penjual lain tidak dapat hadir kerana komitmen lain.”

“Saya terpaksa ulang tiga kali untuk menambah stok jualan hari ini,” kata peniaga Mohd Nasir, 43.

-ZS-

Tinggalkan komen anda