Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat

By 22 Januari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Sakinah Roshan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Warga Bandar Tun Razak dan sekitarnya tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga termurah terutama barang basah, beras dan gula sempena Program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat di Perkarangan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak, di sini semalam.

Pelbagai barangan segar dan keperluan harian dijual pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.

Penduduk setempat membeli beras import 10 kilogram pada harga RM32, minyak dan gula bermula RM2 hingga RM8 manakala ayam segar RM8 sekilogram.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang turun padang membuat tinjauan dan sempat memberikan ucapan ringkas di lokasi jualan, berkata program tersebut dapat membantu warga Bandar Tun Razak mengurangkan kos perbelanjaan harian.

“Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan rakyat setempat mendapat manfaat dan meringankan bebanan perbelanjaan harian,” katanya.

Menurut beliau manfaat lain yang disediakan adalah beberapa agensi lain turut terlibat memberi perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan percuma.

“Pelbagai pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan daripada pelbagai agensi (kerajaan) dan boleh dinikmati (dimanfaatkan) warga Bandar Tun Razak membantu kesedaran tentang penjagaan kesihatan mereka terutamanya kanser, kadar gula dalam darah dan sebagainya,” katanya.

Rata-rata pengunjung telah mula hadir seawal pukul 7.00 pagi bagi mendapatkan barang-barang keperluan.

Menurut pihak penganjur Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, pengunjung yang hadir setakat pukul 9.00 pagi semalam hampir mencecah 300 orang dan akan meneruskan program bagi membantu rakyat selaras dengan konsep program Jualan Termurah, Demi Rakyat.

Turut hadir Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Datuk Mokhtar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda