Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kerajaan Pastikan Kualiti Internet di Sekolah Ditambah Baik

By 29 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Fariza Farnoh

AYER KEROH, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Rangkaian liputan Internet di sekolah antara fokus Kementerian Komunikasi bagi mengurangkan kesesakan jaringan internet yang dihadapi para guru dan pelajar sekolah.

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, semua Ahli Parlimen disaran menggunakan peruntukan diterima kerajaan untuk membantu meningkatkan perkhidmatan Internet di sekolah-sekolah di kawasan masing-masing.

“Kos bagi menaik taraf, perkhidmatan Internet dianggarkan RM30,000 hingga RM50,000 bagi setiap sekolah bergantung kepada susun atur bangunan sekolah bekenaan,” ujarnya ketika sidang media sempena program Jiwa Madani sempena lawatan beliau ke Melaka di Kampung Sungai Putat, di sini Sabtu lalu.

Dalam program yang sama, Fahmi meluang masa beramah mesra bersama masyarakat tempatan dan menyertai gotong-royong memasak juadah tradisi Melaka dan menanam pokok putat yang merupakan simbolik nama kampung tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda