Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Hari Apresiasi Wujudkan Persaingan Sihat Kanak-Kanak Taska

By 29 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Hari Apresiasi yang dilaksanakan setiap tahun mampu mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan kanak-kanak taska.

Menurut Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Labuan Gilbert Julian, Hari Apresiasi Taska merupakan acara tahunan bagi mengiktiraf kecemerlangan kanak-kanak dan para pendidik taska.

“Ia dianjurkan bagi mencapai objektif mewujudkan persaingan sihat dalam bidang akademik dan kokurikulum selain mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan kanak-kanak.

“Program ini juga meraikan kanak-kanak yang berjaya menamatkan sesi persekolahan pada sesi semasa sekali gus memberi galakan untuk terus cemerlang di tempat baharu nanti,” katanya semasa merasmikan Hari Apresiasi Taska KEMAS Kampung Tanjung Aru di sini semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan pendidik di taska itu kerana berjaya melaksanakan pelbagai program luar bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak selari dengan matlamat Taska KEMAS iaitu menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan serta perkembangan diri yang cemerlang.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS Labuan, Samiah Daud.

Hadir sama Pengerusi Taska KEMAS Kampung Tanjung Aru sesi 2023/2024 Norrashidi Ma’at.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda